Make your own free website on Tripod.com

 

 

Al-hamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T., kerana izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul pada hari yg berbahagia ini dalam keadaan aman & damai.

Sebagaimana yang kita tahu, majlis ini diadakan 4 bulan sekali bagi meraikan sahabat-sahabat kita yang menyambut hari kelahiran mereka pada bulan-bulan Jan, Feb, Mac dan April 2003. Majlis seumpama ini jarang diadakan di organisasi-organisasi lain samada kerajaan atau pun swasta.  Kami, biro kebajikan & agama mengambil telah inisiatif menganjurkan majlis ini (sebagaimana kata putus yang dicapai dalam mesyuarat bersama ajk biro ini pada dd/mm/yy yang lalu) yang anatra lainnya bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kalangan staff di unit ini.

Tidak terlewat bagi kami untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada staff yang terlibat, mudah-mudahan panjang umur, bertambah amalan dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Ketahuilah bahawa, setiap kali datangnya hari ulangtahun kelahiran kita, maka semakin pendek umur kita. Jika umur yang masih berbaki ini tidak digunakan sebaik-baiknya, tidak dihiasi dengan amalan-amalan kebajikan, maka sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Nabi S.A.W. pernah bersabda :

إذَا مَاتَ اِبْنُ آدَم ، اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إلا مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ

Maksudnya : "Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan dengan 3 perkara : iaitu sedekah jariah, ilmu yang boleh dimanfaatkan orang lain dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kedua-dua ibu bapanya."

Para sahabat yang saya hormati sekalian,

Jika ditanya orang, apakah menyambut hari lahir ini dibenarkan oleh Islam ? atau apakah Nabi S.A.W sendiri pernah menyambutnya. Kalau hari lahir Nabi, biasalah kita dengar...ia disambut orang (muslim) seluruh dunia, iaitu apa yang kita sebut sebagai Maulud Nabi atau Maulidur-Rasul. Tapi, adakah Nabi sendiri menyambutnya?

Pernah satu ketika baginda S.A.W. ditanya oleh sahabat baginda, kenapa baginda S.A.W selalu berpuasa pada hari Isnin. Lalu baginda S.A.W. menjawab :

ذَاكَ يَوْمَ وُلِدْتُ فِيْه وَيَوْمَ يُبْعَثُ فِيْه

Maksudnya : "Itulah hari (yakni hari Isnin) aku dilahirkan dan hari aku dibangkitkan menjadi Rasul."

Daripada hadith ini, menunjukkan kepada kita bahawa Nabi S.A.W juga menyambut hari lahir baginda S.A.W. iaitu dengan berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin, bukannya setahun sekali malah setiap minggu. Sesungguhnya dengan mengingati hari kelahiran, kita akan lebih mengenal diri kita; dari mana kita datang, iaitu dari  مَنِيٍّ يُمْنَى (mani yang terpancut - ayat Quran), kita akan lebih kenal diri kita; bagaimana kita dijadikan, iaitu dengan percampuran sperma & ovum dari bapa dan ibu kita, seterusnya akan melahirkan rasa kecintaan dan terima kasih kepada mereka mereka berdua yang telah mendidik kita sehingga berstatus @ berjawatan seperti sekarang. kita akan lebih kenal diri kita; siapa pencipta kejadian yang paling lengkap & sempurna ini, iaitu Allah S.W.T., kita akan lebih kenal diri kita; ke manakah kita mahu bawa diri kita, ke arah syurga atau ke arah neraka ( نَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ ذَلِك  - nauzubillahi min zaalik)  .

مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ
"Baragsiapa yang mengenal dirinya, maka sesungguhnya ia telah kenal Tuhannya"

Walau bagaimana pun, tak mengapa kita menyambutnya hari ini dengan tidak berpuasa. Mungkin hari lain kita boleh berpuasa. Para ulama mengharuskan sambutan hari lahir ini selagimana ianya tidak di dalamnya unsur-unsur maksiat seperti percampuran bebas laki-laki perempuan, tari-menari dan sebagainya.

Sama-samalah kita meraikan mereka ini sambil mendoakan agar mereka diberi kekuatan amalan untuk bekalan Akhirat, dan  kekuatan fikiran dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Kita juga berdoa agar kita semua ditetapkan iman, istiqamah (konsisten) dalam Islam dan hati yang jitu di hari hati-hati yang selalu berbalik-balik dengan seruan doa

اللهُمَّ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا دِيْنِكَ

"Ya Allah ya Tuhan kami, Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamamu"

Sebagaimana kata seorang penyair Arab :

وَمَا سُمِّيَ الإِنْسَانُ إِلاَّ لِنِسْيَانِهِ *** وَلاَ القَلْبُ إِلاَّ أَنَّهُ يَتَقَلَّبُ

Dan tidaklah dinamakan manusia itu dengan 'insan' melainkan kerana sifat pelupanya
Dan tidaklah dinamakan hati itu dengan 'qalbu' melainkan kerana ia selalu berbalik-balik

 

Akhir sekali, kami Biro Kebajikan & Agama mengucapkan terima kasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan (terutama sekali boss) bagi menjayakan majlis ini. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini diharap dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Kami memohon berbanyak-banyak kemaafan di atas kelemahan dan kekurangan majlis ini diadakan. Insya-Allah,  kami akan buat post-mortem dari masa ke semasa bagi memastikan majlis yang akan datang sentiasa lebih baik daripada yang sebelumnya. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala kekurangan itu datangnya daripada diri kami yang lemah.

أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ ، والسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

-------------TAMAT--------------

 

 

*Abg Jamil tambah atau edit lah apa-apa yang patut yer...

 

Hakcipta Mazuki Izani El-Besuty (30 Mac 2003)